Report Abuse

Taman Tema Al-Quran di Kota Dubai


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1434H kepada semua Muslimin dan Muslimat. Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita dipertemukan kembali dengan bulan yang agung dan penuh keberkatan. Semoga ibadah kita kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, Insya Allah.
Sempena bulan mulia ini, mungkin lebih tepat saya bawakan sedikit informasi tentang sebuah taman yang bertemakan kitab suci umat Islam, Al-Quran yang kini sedang giat dalam pembinaan.
 
Gambar ehsan : top100.rambler.ru
 
Dubai sedang menambah satu produk pelancongan baru berskala besar iaitu sebuah taman tema yang berkonsepkan tumbuh-tumbuhan yang disebut dalam kitab suci Al-Quran dan terowong berhawa dingin yang menggambarkan peristiwa-peristiwa dalam Al-Quran - sebuah tapak penghormatan bagi kitab suci Al-Quran.
 
Terletak di kawasan Al Khawaneej, tapak seluas 60 hektar ini telah direka "dari perspektif Islam untuk memperkenalkan keajaiban Al-Quran melalui pelbagai kejutan untuk para pengunjung". Hanya pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan sepertimana disebut dalam kitab suci Al-Quran akan ditanam di dalam kawasan taman ini.
 
Terdapat kira-kira 50 spesis tumbuhan yang disebut di dalam Al-Quran. Menurut Hussain Lootah, Ketua Pengarah Majlis Perbandaran Dubai, mereka telah berusaha dan berjaya mencari semua spesis yang disebutkan melainkan satu spesis iaitu 'Zaqqoum' (sejenis tumbuhan yang mana dinyatakan di dalam Al-Quran hanya terdapat di dalam api neraka, Wallahu a'lam).
 
Taman ini akan mempunyai kawasan Umrah, teater terbuka, oasis, taman padang pasir, sebuah tasik dan terowong berhawa dingin sepanjang 100 meter yang akan memaparkan cerita dan keajaiban seperti yang disebut di dalam Al-Quran.
 
 
Cadangan susunatur Taman Al-Quran
 
 
 
Ilustrasi artis menggambarkan terowong yang akan mempamerkan keajaiban seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran - bantuan dalam bentuk imej dan bahan-bahan audio.
 

Ia juga akan mengandungi kemudahan lain seperti kawasan permainan, trek berbasikal dan trek pejalan kaki / 'jogging'. Tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang bakal ditanam di dalam taman ini termasuklah pokok ara, delima, zaitun, jagung, sayur-sayuran, bawang putih, bawang merah, kacang dal, barli dan gandum.
 
Di antara tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang disebut di dalam Al-Quran adalah seperti berikut:
 
1. Timun (Cucumis sativus) - Surah Al-Baqarah : Ayat 61
2. Kurma (Phoenix dactylifera) - Surah Al-Isra': Ayat 91

Pokok Kurma (Phoenix dactylifera)
Gambar ehsan : theenatalie.blogspot.com
 
3. Biji Sawi (Brassica nigra) - Surah Al-Anbiya' : Ayat 47
 
 
Biji Sawi (Brassica nigra)
Gambar ehsan : stewardshipoflife.org
4. Buah Tin (Ficus carica) & Zaitun (Olea europaea) - Surah At-Tin : Ayat 1


 
Tin (Ficus carica)
Gambar ehsan : havlis.cz
 




Zaitun (Olea europaea)
Gambar ehsan : toddsbotanics.co.uk
 
 

5. Delima (Punica granatum) - Surah Al-An'am : Ayat 99 & 141


Delima (Punica granatum)
Gambar ehsan : prlog.org

 
6. Halia (Zingiber officinale) - Al-Insaan : Ayat 17
7. Pisang (Musa paradisiaca) - Surah al-Waqiah : Ayat 29
8. Labu Air (Lagenaria siceraria) - As-Saaffaat : Ayat 146


 
Labu Air (Lagenaria siceraria)
Gambar ehsan : flowerpictures.net

 
9. Kapur (Dryobalanops aromatica) - Surah Al-Insan : Ayat 5
10. Kacang Dal / 'Lentils' (Lens culinaris) - Surah Al-Baqarah : Ayat 61
 
11. Gandum (Triticum aestivum) - Surah Al-Baqarah : Ayat 61
 
Gandum (Triticum aestivum)
Gambar ehsan : businessweek.com
 
 
 
12. Bawang (Allium sepa) - Surah Al-Baqarah : Ayat 61
 
13. Anggur (Vitis vinifera) - Surah Al-Kahfi : Ayat 32
 
 
Anggur (Vitis vinifera)
Gambar ehsan : en.m.wikipedia.org
 
Pengembaraan ke taman ini akan dimulai dengan sebuah pintu masuk gaya Andalusia yang besar serta dilengkapi rumah hijau yang diperbuat daripada kaca, berukuran 80 x 25 meter bagi menempatkan 15 spesis pokok dan tumbuh-tumbuhan yang memerlukan iklim sederhana.
 
Perancangan dan pembinaan awal taman ini telah berlangsung selama dua tahun di mana penyediaan tapak, bangunan perkhidmatan dan trek telah pun selesai pembinaannya. Daripada 13 buah taman yang dirancang, 5 buah daripadanya telah siap. Fasa kedua dijangka siap menjelang Julai 2023, sebelum fasa terakhir dan pembukaan rasminya dijadualkan pada September 2023.
 
Pembinaan taman tema Al-Quran ini dilihat sebagai satu inisiatif yang amat baik dari sudut pendidikan dan penghayatan kepada kitab suci Al-Quran.
 
Salam Ramadhan..
 
 

Related Posts

Post a Comment